My Add

Sunday 8 July 2012

Kepimpinan negara lakukan yang terbaik untuk generasi muda

KUALA LUMPUR, SABTU, 07 Julai, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kepimpinan negara akan melakukan yang terbaik bagi masa depan generasi muda.

Perdana Menteri berkata, sebagai pewaris negara dan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara di semua peringkat, sudah tentu mereka mahukan masa depan yang lebih baik daripada hari ini.

"Kita dapat lihat bagaimana Di Timur Tengah, Afrika, malah di Eropah, kadar pengangguran mencecah sehingga 40 peratus.

"Tetapi di negara kita, melalui dasar dan perancangan yang rapi serta pelaksanaan yang berkesan, golongan belia yakin terhadap masa depan negara yang lebih baik.

"Inilah perjalanan kita lalui dan inilah agenda transformasi negara," katanya pada program "Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri" di Stadium Negara, di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment