My Add

Wednesday 18 July 2012

Kerajaan Selangor punca krisis air

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD.
KUALA LUMPUR, SELASA, 17 Julai, 2012: Krisis bekalan air yang melanda beberapa daerah di Selangor berpunca daripada keengganan kerajaan negeri melulus dan melaksanakan projek-projek bagi menambah bekalan air terawat yang semakin berkurangan.

Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Teknikal Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Ir. V. Subramaniam berkata, ia termasuk menghalang pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) yang sangat diperlukan bagi mengatasi masalah kekurangan air terawat di negeri ini.

"Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga bertindak mengelirukan orang ramai dengan mengatakan bekalan air mentah di empangan sedia ada mencukupi malah melimpah ruah.

"Sedangkan krisis air Selangor melibatkan kekurangan air terawat, bukannya bekalan air mentah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment