My Add

Sunday 8 July 2012

Kerajaan sentiasa berusaha tingkat kualiti hidup rakyat:

BUTTERWORTH, AHAD, 08 jULAI, 2012: Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sentiasa memikirkan cara untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat supaya generasi berikutnya terus mendapat nikmat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. 

Beliau berkata, tujuan kerajaan BN untuk kekalkan kuasa adalah bagi meneruskan usaha memajukan negara agar rakyat hidup berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Ini, katanya, adalah perbezaan ketara antara kerajaan BN dan pakatan pembangkang yang hanya menghalang pimpinan BN berbuat baik dalam membawa kebaikan. 

"Tiap-tiap kali kerajaan BN cuba melakukan sesuatu yang baik dengan niat ikhlas untuk kebajikan masyarakat, ada juga yang datang dari segi politik untuk menghalang pelaksanaan program atau projek yang dilakukan oleh kita," katanya. 

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan program kesejahteraan rakyat dan program pembelajaran sepanjang hayat 2012 di Telok Ayer Tawar di sini hari ini. 

Nor Mohamed berkata, kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam membawa kemajuan kepada semua etnik dan bangsa. 

Beliau berkata, usaha pakatan pembangkang untuk menggagalkan rancangan kerajaan BN tidak akan berlaku kerana apa yang dirancang dan dilakukan itu adalah dengan niat yang baik dan ikhlas. 

"Penyenaraian FGV adalah contoh yang terbaik menunjukkan kerajaan pusat melakukannya dengan niat yang baik dalam membawa kebaikan untuk kelompok peneroka FELDA dan negara," katanya. 

Katanya, penyenaraian itu adalah usaha yang baik dalam meningkatkan lagi kecairan dan hala tuju perdagangan pasaran, mencergaskan pasaran modal negara serta memberi keyakinan kepada pelabur. - BERNAM

No comments:

Post a Comment