My Add

Tuesday 10 July 2012

Kes curi pasir di Selangor berkurangan

SHAH ALAM, SELASA, 10 Julai, 2012: Kegiatan mencuri pasir di negeri Selangor dan jumlah nilai kompaun yang dikeluarkan untuk kesalahan itu berkurangan sejak anak syarikat milik penuh kerajaan Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) menguruskan pasir di negeri ini sejak 2008. 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mengikut statistik, sejumlah 974 tangkapan berhubung kes mencuri pasir dibuat pada 2008, 159 kes (2009), 91 (2010) serta 37 tangkapan tahun lalu. 

Katanya, jumlah nilai kompaun yang dikeluarkan bagi kesalahan pasir turut berkurangan daripada RM1.3 juta pada 2008 kepada RM425,000 pada 2009 dan RM121,000 pada 2010 kepada RM27,000 tahun lalu. 

"Jumlah tangkapan dan kompaun ini berkurangan antara lain disebabkan keberkesanan operasi pemantauan kecurian pasir yang dibuat oleh daerah-daerah di bawah kelolaan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu dari MCA Wong Koon Mun pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment