My Add

Wednesday 18 July 2012

Kes Ketua Wanita MCA terbabit Bersih disebut semula

MELAKA, RABU, 18 Julai, 2012: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 15 Ogos ini sebutan semula kes saman Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terhadap Ketua Wanita MCA negeri, Datuk Kian Sit Har yang didakwa terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan Megamall pada 28 April lalu.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Abu Bakar Katar selepas Sit Har hari ini memaklumkan bahawa beliau akan melantik peguam dan mengemukakan pernyataan pembelaan.

Pada prosiding tersebut, mahkamah turut diberitahu oleh MBMB selaku plaintif yang diwakili peguam dari firma guaman, Tetuan Muhammad Jailani & Partners, pihaknya masih gagal menyerahkan tuntutan saman terhadap lima lagi individu yang turut didakwa terlibat dalam perhimpunan itu.

Pada 4 Mei lalu, MBMB memfailkan saman terhadap enam individu termasuk Sit Har dengan mendakwa kesemua mereka adalah penganjur atau peserta yang bertanggungjawab dalam penganjuran perhimpunan itu sehingga menyebabkan plaintif mengalami kerugian apabila harta benda awam dirosakkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment