My Add

Tuesday 10 July 2012

Kes liwat Saiful: Pendakwa raya fail petisyen rayuan

KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

Seorang timbalan pendakwa raya kanan yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan bahawa rayuan itu difailkan tengah hari semalam.Bagaimanapun, difahamkan bahawa mahkamah berkenaan tidak menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan itu. 

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyerahkan rekod rayuan, termasuk penghakiman bertulis setebal 80 muka surat untuk memudahkan pihak pendakwaaan memfailkan rayuan. 

Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim perbicaraan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa mahkamah itu tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu (Mohd Saiful Bukhari). 

Katanya sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment