My Add

Sunday 22 July 2012

Khalid didesak buat penjelasan segera - NGO

KUALA LUMPUR, SABTU, 21 Julai, 2012: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak membuat penjelasan segera berhubung kontroversi pembelian tanah di Bestari Jaya, Selangor yang didakwa terlebih bayar sebanyak RM100 juta daripada harga pasaran.

Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzahberkata, Abdul Khalid juga perlu berani mendedahkan individu-individu terlibat yang mendapat 'untung atas angin' daripada pembelian tanah bernilai RM181 juta atau bersamaan dengan RM80,000 seekar (0.4 hektar) itu.

"Sebagai pemimpin yang memperjuangkan gagasan 'telus, adil dan cekap' di Selangor, Abdul Khalid seharusnya tampil menjelaskan dakwaan tersebut.

"Beliau tidak seharusnya memberi penjelasan yang hanya mahu menutup kelemahan pentadbiran sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment