My Add

Wednesday 11 July 2012

Lagi pendedahan Tee Yong

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR, SELASA, 10 Julai, 2012: MCA hari ini mendedahkan satu lagi perjanjian kontroversi melibatkan kerajaan negeri Selangor dan Talam Corporation Bhd. yang melibatkan empat plot tanah seluas 53.7 hektar di Danau Putra, Sepang melibatkan transaksi berjumlah RM87.7 juta (RM15 sekaki).

Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, isu yang timbul dalam transaksi tersebut ialah sebahagian besar empat plot tanah yang dibeli oleh kerajaan negeri Selangor dari syarikat Talam berada adalah bekas lombong. 

Katanya, kerajaan Selangor bersetuju untuk membeli empat plot tanah itu daripada syarikat Talam pada 12 Mac 2010.

Beliau berkata, bagi plot A keluasan tanah yang dibeli ialah 11.23 hektar pada harga RM18.3 juta tetapi dua pertiga daripadanya berada di dalam air.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment