My Add

Thursday 19 July 2012

Lelaki didakwa tipu penuntut RM14,500 buat ijazah palsu

SHAH ALAM, RABU, 18 Julai, 2012: Seorang daripada tiga suspek yang ditahan pada hujung bulan lalu berhubung kes pemalsuan ijazah Universiti Sains Malaysia (USM), dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menipu seorang penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) sebanyak RM14,500 bagi mendapatkan sijil palsu.

Lim Chuan Soon, 26, yang merupakan bekas pemilik perniagaan permainan dalam talian mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menipu Wan Noorhafiza Wan Hussin, 23, dengan mengambil wang berjumlah RM14,500 sebagai bayaran mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perakaunan (Kepujian) USM sedangkan sijil tersebut tidak sah laku.

Tertuduh yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di antara 19 Jun dan 28 Jun lalu di Maybank, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14 di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment