My Add

Saturday 7 July 2012

Lima sindiket dadah tumpas

*NOOR Rashid Ibrahim menunjukkan senjata api yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.

Oleh NORAZRIN MARZUKI
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 06 Julai, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatatkan kejayaan besar dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan dadah di negara ini, apabila berjaya menumpaskan lima kumpulan sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan merampas dadah bernilai lebih RM1 juta dalam tempoh tidak sampai seminggu.

Kejayaan itu adalah hasil tangkapan lima lelaki warga Afrika dan empat rakyat tempatan dalam lima serbuan berasingan bermula Isnin lalu sehingga semalam.

Dalam serbuan itu, polis bukan sahaja menemui dadah tetapi turut merampas sejumlah senjata api daripada sekumpulan pengedar dadah warga tempatan yang mempunyai rekod kesalahan lampau terlibat dalam kes samun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment