My Add

Monday 23 July 2012

Lombong emas: Kelantan bentuk jawatankuasa khas

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob
KOTA BHARU, AHAD, 22 Julai, 2012: Berikutan pendedahan oleh Utusan Malaysia baru-baru ini, Kerajaan Pas Kelantan hari ini memutuskan membentuk satu jawatankuasa penguatkuasaan bagi memastikan kawasan yang berpotensi mempunyai emas tidak lagi dilombong secara haram di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, jawatankuasa yang terdiri daripada kira-kira 30 individu itu akan dilengkapi senjata api di bawah lesen CNU (carry and use) bagi menjalankan risikan dan tangkapan sekiranya berjaya mengesan operasi haram tersebut.

Kumpulan itu, katanya, akan ditempatkan secara khusus di markas-markas kawasan tertentu bagi memastikan kerja-kerja penguatkuasaan dapat dijalankan dengan pantas dan berkesan.

"Penguatkuasaan ini adalah berpusat di dua jajahan utama iaitu Gua Musang dan Jeli di mana kita unjurkan pertama sekali yang mustahak ialah risikan dan rondaan, pemantauan serta tindakan yang patut diambil," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment