My Add

Monday 9 July 2012

Malaysia bawa isu penting ke sidang Menteri Luar ASEAN

PUTRAJAYA, AHAD, 08 Julai, 2012: Malaysia dijangka mengetengahkan beberapa isu penting termasuk mengenai Laut China Selatan dan perkembangan Pergerakan Kesederhanaan Global dalam Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN dan beberapa mesyuarat lain yang diadakan di Phnom Penh, Kemboja pada 6 hingga 13 Julai ini.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, delegasi Malaysia ke mesyuarat tersebut akan diketuai Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dengan diiringi pegawai kanan kementerian dan Perwakilan Tetap Malaysia ke ASEAN.

Menurut kenyataan itu, Anifah turut dijangka menghadiri majlis Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN, Forum Serantau ASEAN (ARF), Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Campur Tiga dan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment