My Add

Wednesday 18 July 2012

Malaysia dijangka catat transaksi e-dagang RM1.9b

*WALAUPUN ekonomi global menghadapi ketidaktentuan namun transaksi perdagangan elektronik terus meningkat. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR, SELASA, 17 Julai, 2012: Perdagangan elektronik (E-dagang) dijangka terus mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan walau berhadapan ketidaktentuan ekonomi dengan unjuran bakal melebihi RM1.9 bilion di Malaysia menjelang 2016, menurut kaji selidik Euromoney.

Pada 2011, transaksi aktiviti membeli-belah dalam talian berjumlah RM842 juta.

Laporan global yang dikeluarkan JP Morgan pada 2011 menunjukkan perolehan e-dagang di seluruh dunia dijangka mencecah AS$963 juta (RM3.08 bilion) pada tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Online Shopping, Masaya Ueno berkata, tinjauan hadapan yang positif itu adalah bertepatan dengan pemain industri kerana ia memberi peluang kepada syarikat untuk berkembang serta memasuki pasaran tempatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment