My Add

Sunday 8 July 2012

Malaysia negara dinamik berkembang maju - Vaclav Klaus

KUCHING, SABTU, 07 Julai, 2012: Malaysia telah muncul sebagai sebuah negara dinamik yang berkembang maju dalam semua aspek, kata Presiden Republik Czech, Vaclav Klaus di sini malam ini.

Beliau berkata, lawatan terakhir beliau ke negara ini adalah 16 tahun lalu ketika menjadi Perdana Menteri negara Eropah Tengah itu dan selepas pemerhatiannya selama dua hari dalam lawatan terbaru ini, Malaysia telah maju dengan begitu ketara.

"Perasaan kami setelah dua hari di sini menyaksikan wujud pembangunan ketara di negara anda," katanya semasa berucap pada majlis jamuan negeri sempena lawatannya ke Sarawak.

Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Barieng menghoskan jamuan tersebut yang dihadiri oleh orang kenamaan negeri termasuk Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan anggota barisan Kabinet negeri.

Klaus bersama isteri, Livia Klausova dan delegasi yang terdiri daripada beberapa menteri dan anggota komuniti perniagaan negara itu tiba di sini lewat petang tadi.

Klaus berkata, lawatan lima hari ke Malaysia adalah bertujuan memupuk hubungan dua hala yang lebih erat dalam semua bidang.

Beliau menambah, Malaysia dan Republik Czech mempunyai latar belakang yang berbeza dan ini boleh merangsang kepentingan rakyat kedua-dua negara untuk mengetahui lebih lanjut mengenai diri masing-masing. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment