My Add

Thursday 19 July 2012

Mara lulus RM42,000 bantu pelajar terbabit kebakaran di AS

KUALA LUMPUR, RABU, 18 Julai, 2012: Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan peruntukan khas sebanyak RM42,000 bagi membantu para pelajar tajaannya yang terlibat dalam kebakaran pangsapuri di Universiti Iowa, Amerika Syarikat (AS) Ahad lalu.

Menurut Pengarah Bahagian Komunikasi Korporatnya, Hasni Suleiman, pelajar terlibat akan menerima bantuan sebanyak RM7,000 seorang meliputi elaun komputer, elaun baju panas dan elaun sara hidup.

Katanya, bantuan itu disalurkan secara terus kepada tiga pelajar tersebut yang sedang bercuti di Malaysia manakala bantuan kepada tiga pelajar lagi yang berada di AS akan disalurkan melalui Pejabat Mara Washington.

"Semua ibu bapa atau waris pelajar juga telah dapat dihubungi dan dimaklumkan anak mereka berada dalam keadaan selamat serta diberikan bantuan segera dalam mengatasi masalah yang dihadapi akibat bencana ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment