My Add

Monday 9 July 2012

MB Selangor didakwa pilih bulu dalam isu surat sokongan

KLANG, AHAD, 08 Julai, 2012: Tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa mengamalkan polisi pilih bulu dalam isu yang melibatkan surat sokongan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin baru-baru ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati beberapa ahli DAP.

Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Klang, Teh Teong Guan berkata, mengapa kes yang sama sebelum ini diambil tindakan tetapi kes membabitkan Faekah hanya didiamkan sahaja.

Beliau merujuk kes bekas Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Tee Boon Hock yang dipecat secara rasmi pada 18 November 2009 kerana isu surat sokongan terhadap syarikat anaknya yang dikeluarkan pada 12 Ogos 2008.

"Boon Hock mengeluarkan surat sokongan untuk syarikat anaknya bagi mendapatkan kontrak daripada MPK tetapi dia dipecat atas alasan melanggar kod etika undang-undang," katannya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment