My Add

Sunday 8 July 2012

Mohon umat Islam bersatu

*SEBAHAGIA yang hadir pada Program Istighasah al-Kubra di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam.

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF
SHAH ALAM,, 07 Julai, 2012: Hampir 5,000 orang menadah tangan sambil bermunajat dan berdoa dalam program Istighasah al-Kubra di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini, bagi memohon umat Islam bersatu-padu serta meninggalkan ketaksuban terhadap ideologi politik masing-masing sehingga sanggup berpecah-belah.

Majlis tersebut bermula seawal pukul 4 pagi dengan acara qiamullail iaitu para jemaah mendirikan solat sunat tahajud, solat sunat hajat, solat sunat witir dan kemudiannya diikuti dengan solat subuh, tazkirah dan bacaan zikir munajat beramai-ramai di pekarangan masjid sebelum ia berakhir pada pukul 8 pagi.

Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, yayasan tersebut dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berganding bahu menganjurkan program Istighasah al-Kubra itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment