My Add

Sunday 22 July 2012

MTUC mahu umur persaraan 60 tahun dilaksanakan serta merta

PETALING JAYA, AHAD, 22 Julai, 2012: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menggesa sektor swasta melanjutkan dengan segera umur persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun, tanpa menunggu undang-undang mengenainya dilaksanakan. 

"Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan pekerja sektor swastakepada 60 tahun dan rang undang-undang mengenainya diluluskan Dewan Negara baru-baru ini," kata Naib Presiden MTUC, A Balasubramaniam.

Beliau berkata, oleh kerana rang undang-undang itu akan mengambil masa lebih 
kurang enam bulan untuk diwarta dan dilaksanakan, maka dalam tempoh berkenaan, 
ribuan pekerja yang mencapai usia persaraan wajib 55 tahun, sudah bersara. 

"MTUC amat prihatin terhadap nasib kumpulan ini apabila ramai daripada 
mereka menghubungi kongres ini untuk menyatakan harapan agar mereka diambil 
kembali bekerja kerana mereka masih cukup sihat dan mampu untuk terus bekerja.

"Lagipun, pekerja ini memikul tangungjaab yang amat berat kerana belum 
melangsaikan pinjaman perumahan, perlu menyelesaikan bayaran insurans serta bil perubatan dan menyara pendidikan anak-anak," katanya. 

Mengikut Rang Undang-undang Umur Prsaraan Minimum 2012 yang diluluskan 
Parlimen baru-baru ini, umur persaraan wajib bagi pekerja sektor swasta 
dinaikkan kepada 60 tahun dan seseorang majikan tidak boleh memaksa pekerjanya bersara sebelum dia mencapai usia persaraan minimum. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment