My Add

Thursday 5 July 2012

Najib ucap tahniah kepada Presiden Obama

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 Julai, 201: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan tahniah kepada Presiden Barack Obama sempena sambutan ulang tahun ke-236 kemerdekaan Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar hari ini, Najib menyatakan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan baik Obama, Malaysia dan Amerika akan terus menikmati hubungan yang mesra.

"Perdana menteri berharap dapat mengukuhkan kerjasama sedia ada antara Malaysia dan Amerika Syarikat untuk kebaikan bersama rakyat kedua-dua negara," katanya.

Rakyat Amerika menyambut Hari Kemerdekaannya pada 4 Julai. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment