My Add

Saturday 7 July 2012

NGO Melaka kecam sikap biadab lima ADUN DAP

MELAKA, JUMAAT, 06 Julai, 201: Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini mengecam tindakan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP yang sengaja menimbulkan kekecohan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, kelmarin.

Mereka menyifatkan tindakan wakil rakyat terbabit sebagai biadab dan tidak menghormati Dewan apabila turut membawa masuk kain pemidang ke dalam Dewan.

Selain itu, mereka juga menganggap tindakan berkenaan bertujuan untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong, Datuk Gan Tian Loo.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Negeri Melaka, Datuk Ab. Karim Sulaiman berkata, tindakan kelima-lima ADUN itu melampau kerana tidak patuh dan menghormati peraturan Ddewan serta Speaker DUN, Datuk Othman Muhammad. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment