My Add

Wednesday 11 July 2012

NKF tawar pemeriksaan buah pinggang

KUALA LUMPUR, SELAS,10 Julai, 2012: Orang ramai yang ingin membuat pemeriksaan penyakit buah pinggang kini boleh melakukannya secara percuma di Klinik Kesihatan Bergerak NKF Lifecheck anjuran Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF).

Pengerusi NKF, Datuk Dr. Zaki Morad Mohd. Zaher berkata, yayasan itu kini mempunyai kira-kira 1,450 pesakit yang menerima rawatan dialisis dan subsidi di 25 pusat di seluruh negara.

Beliau berkata, jumlah pesakit dijangka semakin bertambah setiap tahun.

"Setiap tahun, lebih 4,000 rakyat Malaysia mengalami masalah kegagalan fungsi buah pinggang manakala bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan dialisis pula meningkat tiga kali ganda dalam tempoh 10 tahun iaitu dari 7,837 orang pada 2001 kepada 22,932 orang pada 2010.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya segera menjalani pemeriksaan kesihatan buah pinggang ditawarkan secara percuma supaya tidak mendatangkan kemudaratan yang lebih kronik," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment