My Add

Wednesday 11 July 2012

NUBE kesal bank diskriminasi pekerja beragama Islam

KOTA BHARU, SELASA, 10 Julai, 2012: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank Malaysia (NUBE) kesal dengan tindakan sebuah institusi kewangan yang didakwa menganiaya pekerjanya yang beragama Islam.

Exconya, Mohd. Azhar Yusof mendakwa, bank berkenaan telah mengeluarkan satu pekeliling bertarikh 5 Julai lalu, memaklumkan bahawa masa yang diambil oleh petugas beragama Islam ketika menunaikan solat pada waktu kerja lebih masa akan ditolak daripada jumlah jam bekerja mereka.

Beliau mendakwa, perbuatan itu menunjukkan sikap diskriminasi pihak pengurusan bank berkenaan terhadap pekerja-pekerjanya yang beragama Islam.

Katanya, pihak kesatuan telah membuat laporan secara serentak di semua pejabat Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) kira-kira pukul 10 pagi ini mengenai pekeliling tersebut.

"Pihak kesatuan memandang serius perkara ini kerana sembahyang itu adalah satu kewajipan kepada semua pekerja beragama Islam yang mana tempoh bekerja mesti ada waktu bersolat di dalamnya," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment