My Add

Thursday 19 July 2012

Ops Sikap Ke-26 dilancar 10 Ogos

BATU KAWAN, RABU, 18 Julai, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Ops Sikap Ke-26 pada 10 Ogos depan dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan di jalan raya sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid (gambar) berkata, kempen itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Darat Malaysia (SPAD) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

Beliau berkata, pihaknya bekerjasama dengan semua pihak dalam usaha mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya terutama pada musim perayaan.

“Ini terbukti apabila kadar kemalangan jalan raya dalam Ops Sikap Ke-25 sempena Tahun Baru Cina lalu berjaya mengurangkan kadar kematian," katanya selepas menghadiri Program High Profile Policing dengan penduduk di Pulau Aman di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment