My Add

Saturday 7 July 2012

Pahang pastikan kelemahan SUKMA diatasi dengan segera

KUANTAN, SABTU, 07 Julai, 2012:: Pahang akan memastikan segala kelemahan yang timbul pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-15 dapat diatasi dengan segera bagi memberi persediaan terbaik kepada semua kontinjen yang mengambil bahagian. 

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata kerajaan negeri akan cuba memberi penganjuran SUKMA yang terbaik kepada semua kontinjen yang mengambil bahagian pada temasya sukan terbesar negara itu.
"Kami akan sedaya upaya menyediakan semua keperluan terbaik kepada kontinjen yang mengambil bahagian. 

"Bagaimanapun sekiranya terdapat kelemahan yang timbul, saya akan memastikan bahawa ia akan dapat diatasi dengan segera," katanya dalam teks ucapan perasmian perkampungan sukan SUKMA yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kecil Perkampungan Sukan, Penginapan dan Sajian SUKMA Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail di sini, hari ini. 

Sebanyak 11 perkampungan sukan disediakan bagi menempatkan atlit di tiga daerah yang terbabit iaitu Pekan, Temerloh dan Kuantan sempena temasya itu. 

SUKMA Pahang yang membabitkan penyertaan 5,828 atlit dan pegawai itu bermula secara rasmi pada 7-16 Julai yang mempertandingkan 24 jenis sukan dan menawarkan 377 pingat emas. 

Enam daripada 24 jenis sukan berkenaan sudah membuka gelanggang pertandingan bermula 1 Julai lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment