My Add

Sunday 22 July 2012

Pak Din, Wak bersyukur dibebaskan

*DARI kanan Sudin (bukan nama sebenar), Amran (bukan nama sebenar) dan Kasim (bukan nama sebenar) menadah tangan tanda syukur sebaik saja dibebaskan dari Penjara Kluang, Johor, semalam.

KLUANG, SABTU, 21 Julai, 2012: Seorang ahli Geng Botak dari Singapura yang dipenjarakan sejak berusia 19 tahun dan merengkok di sebalik tirai besi sehingga umurnya kini 57 tahun bersyukur kerana dibebaskan dari Penjara Kluang hari ini.

Dia yang dikenali sebagai Pak Din, sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru kerana menembak dua anggota polis dan menghalang mereka daripada menangkapnya.

Bagaimanapun, dia antara lapan insan bertuah kerana Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memberi pengampunan sekali gus membebaskan mereka pada hari pertama bulan Ramadan ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment