My Add

Monday 9 July 2012

Pameran Francais Antarabangsa 2012 platform terbaik

KUALA LUMPUR, AHD, 08 Julai, 2012: Pameran Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2012 yang berakhir hari ini merupakan platform terbaik bagi masyarakat melibatkan diri dalam bidang perniagaan berbentuk francais kerana selain melibatkan bantuan pembiayaan, ia turut menyediakan tunjuk ajar daripada pihak berpengalaman.

Pemain skuasy kebangsaan, Mohd. Azlan Iskandar, 30, berkata, terdapat banyak peluang perniagaan yang boleh direbut oleh masyarakat di negara ini bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka dan keluarga, antara kaedah tersebut adalah melalui perniagaan francais.

Ini kerana, katanya, perniagaan tersebut meliputi pelbagai bidang perniagaan serta perkhidmatan dan masyarakat boleh memilih sendiri apakah bisnes yang ingin dimulakan berdasarkan minat dan kemampuan.

"Melalui FIM 2012 ini, kita dapat meneliti peluang-peluang yang disediakan sebelum mula menceburi bidang tersebut, selain pelbagai pameran disediakan, pengunjung turut mendapat maklumat melalui penganjuran bengkel dan ceramah oleh pihak berkaitan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

No comments:

Post a Comment