My Add

Thursday 19 July 2012

Pantau masjid elak kempen politik sepanjang Ramadan

PASIR MAS, RABU, 18 Julai, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta jabatan agama Islam di seluruh negara memantau dan mengambil tindakan tegas bagi mengelak masjid, surau dan madrasah digunakan pihak tertentu untuk berkempen politik melalui tazkirah Ramadan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 yang semakin hampir, pihaknya khuatir platform tersebut digunakan oleh pihak tertentu untuk menyebarkan fahaman dan mempromosikan ideologi politik yang boleh memecah-belahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Menurutnya, jabatan agama Islam negeri perlu membuat pemantauan dan mengambil tindakan agar kesucian bulan Ramadan tidak dicemari dengan ceramah politik yang berselindung di sebalik program tazkirah, demi mengelak berlakunya perpecahan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment