My Add

Thursday 19 July 2012

Pegawai bocor maklumat?

Oleh YULPISMAN ASLI
KOTA BHARU, RABU, 18 Julai, 2012: Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim tidak menolak kemungkinan terdapat pegawai kerajaan negeri yang membocorkan maklumat operasi penguatkuasaan kepada pihak yang terlibat dalam kegiatan melombong emas secara haram di negeri ini.

Menurutnya, ini kerana setiap kali operasi penguatkuasaan dijalankan, pihak yang terbabit gagal dikesan.

"Penguatkuasaan kita ada, bila kita pergi dia tak ada. Macam pembalakan haram, hari ini penguat kuasa pergi tidak ada, mungkin maklumat dia sudah tahu,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-55 oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment