My Add

Thursday 19 July 2012

Pegawai polis ditahan pukul pekerja hotel bertaraf 2 bintang

*RENTETAN gambar menunjukkan seorang anggota polis berpangkat Inspektor mencederakan seorang pekerja dengan menggunakan belakang pistol di sebuah hotel di Seremban 2, awal pagi semalam.

SEREMBAN, RABU, 18 Julai, 2012: Polis bertindak pantas menahan seorang pegawainya yang berpangkat inspektor bagi membantu siasatan setelah dia didakwa mencederakan seorang pekerja hotel bertaraf dua bintang di Seremban 2 di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi itu, pegawai polis berusia 32 tahun berkenaan datang ke hotel tersebut bersama tiga rakannya untuk menginap.

Difahamkan, berlaku pertengkaran antara pegawai polis itu dengan dua pekerja hotel di kaunter lobi dipercayai berpunca daripada salah faham berhubung pemulangan duit baki pembelian aiskrim.

Kejadian selama 10 minit itu turut dirakam kamera rakaman litar tertutup (CCTV) hotel. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment