My Add

Sunday 22 July 2012

Pelajar Tingkatan 2 maut, motosikal bertembung pacuan 4roda

KUANTAN, AHAD, 22 Julai, 2012: Seorang pelajar tingkatan dua maut pada hari pertama Ramadan, selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 33, Jalan Kuantan-Kemaman, dekat Sungai Ular, di sini, tengah hari semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, 

Wan Nur Amanina Wan Ramzi, 14, maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung kenderaan pacuan empat roda. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Baging itu dalam perjalanan dari rumah di Kuarters Stesen Penyelidikan Mardi, Sungai Baging menuju ke sebuah kedai runcit ketika kejadian, katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Kenderaan pacuan empat roda dari arah Kuantan menuju ke Cherating itu dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal Wan Nur Amanina menyebabkan remaja tersebut tercampak dan terjatuh di atas jalan. 

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan polis sudah mengambil keterangan pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berusia 24 tahun itu untuk membantu siasatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment