My Add

Tuesday 10 July 2012

Pelan Induk PKS akan diperkenal

KUALA LUMPUR, ISNIN, 09 Julai, 2012: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara bakal mengalami transformasi memberangsangkan dengan pengenalan Pelan Induk PKS pada 12 Julai ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pengenalan pelan induk itu selari dengan hasrat kerajaan meningkatkan sumbangan PKS kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada 41 peratus pada 2020.

"Pengenalan pelan induk itu akan memberi fokus dan arah kepada PKS negara pada masa hadapan terutama pada 2020.

"Ia juga membantu meletakkan PKS negara di kedudukan terbaik dalam peta PKS dunia," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Anugerah Pengiktiraf PKS 2012 di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas dan Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana (PKI) Malaysia, Teh Kee Sin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment