My Add

Thursday 19 July 2012

Pemandu buka ruang beri maklum balas

KUALA LUMPUR, rabu, 18 Julai, 2012: Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) akan mengadakan hari terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP) Roadmap 2.0 khusus bagi membolehkan orang ramai menyuarakan maklum balas dan cadangan mengenai pelaksanaan GTP.

Unit itu dalam kenyataan di sini hari ini berkata, melalui hari terbuka tersebut orang ramai dapat menilai semula inisiatif utama yang telah dirancang untuk pelan GTP sekali gus menyuarakan pendapat mereka.

"Hari terbuka berkenaan akan diadakan di tiga lokasi iaitu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 24 Julai ini; Hotel Pullman, Kuching, Sarawak (10 Ogos) dan di Sutera Harbour, Kota Kinabalu (14 Ogos)," katanya.

Tambah kenyataan itu, satu sesi bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala akan diadakan pada hari terbuka tersebut bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.

Selain itu, katanya, penganjuran hari terbuka berkenaan juga akan mengembangkan lagi kejayaan GTP dengan memberi fokus kepada bidang-bidang yang dimahukan rakyat.

"Roadmap 2.0 ini juga akan menyasarkan keperluan terkini yang diperlukan rakyat dan menumpukan kepada pelan jangka panjang," katanya.

Tambahnya, orang ramai juga boleh memberi maklum balas mengenai inisiatif GTP itu secara dalam talian dengan melayari laman web www.pemandu.gov.my/ gtp. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment