My Add

Thursday 19 July 2012

Pemprosesan pasport Malaysia di AS kini di New York

NEW YORK, KHAMIS, 19 Julai, 2012" Dalam satu langkah besar yang bertujuan mempermudah pemprosesan pasport Malaysia, Konsulat Jeneral di New York kini mengendalikan pengeluaran dan pembaharuan pasport bagi warga Malaysia yang tinggal di Amerika Syarikat (AS).

Dahulunya, pasport warga Malaysia yang tinggal di luar bidang kuasa New

York, yang meliputi 12 negeri, dikendalikan sama ada oleh kedutaan Malaysia di Washington atau konsulat di bandaraya-bandaraya lain di Amerika Syarikat.

"Perubahan itu berkuatkuasa kira-kira dua bulan lepas dan berjalan lancar.
Sebelum ini, kami menghantar semua pasport Malaysia ke Kuala Lumpur bagi
pemprosesan atau pembaharuan, tetapi itu mengambil masa yang lebih lama.

"Dengan tujuan membantu warga Malaysia yang mungkin mahu membuat perjalanan dengan tiba-tiba atau memerlukan pasport bagi tujuan lain, satu keputusan diambil untuk memusatkan pemprosesan pasport oleh Konsulat Jeneral di New York.

"Memproses pasport di sini menjimatkan masa kerana kita tidak perlu
menghantarnya ke Kuala Lumpur," kata Syed Mohammed Bakri Syed Abdul Rahman, Konsul Jeneral Malaysia, dalam satu wawancara dengan Bernama.

Syed Mohammed memuji langkah dan inisiatif Duta Malaysia di Washington,
Datuk Othman Hashim, ini, yang dianggap berpandangan jauh.

Warga Malaysia yang kehilangan pasport, atau rosak pasportnya, boleh
menghubungi Konsulat Jeneral di New York untuk mendapatkan bantuan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment