My Add

Thursday 19 July 2012

Pengarah gesa RapidKL mohon maaf

KUALA LUMPUR, RABU, 18 Julai, 2012: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) digesa memohon maaf terhadap seorang pengarah urusan di sebuah syarikat pengedar kereta yang didakwa dicedera dan diugut bunuh oleh salah seorang pekerja syarikat pengangkutan awam itu.

Pengerusi MCA Bahagian Pandan, Datuk Eric Ong Chen Huing berkata, sehingga ke hari ini selepas insiden yang berlaku pada 4 Julai lalu di Taman Wahyu, Jalan Ipoh di sini, tiada sebarang tindakan susulan atau permohonan maaf dibuat oleh syarikat itu terhadap Michael Lim Ming Wai, 31.

Kata beliau, adalah mustahil RapidKL tidak mengetahui mengenai insiden itu kerana pemandu bas yang berlagak samseng tersebut telah dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan sebaik sahaja laporan dibuat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment