My Add

Monday 9 July 2012

Penilaian ikut emosi rugikan negara

KUALA LUMPUR, AHAD, 08 Julai, 2012: Penilaian mengenai pencapaian kerajaan yang dibuat berasaskan emosi dan maklumat yang terhad hanya akan merugikan negara dan masa depan rakyat.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, oleh itu masyarakat terutama generasi muda hari ini perlu mengelak membuat penilaian berkenaan berdasarkan maklumat menerusi media sosial yang ringkas dan tidak diketahui kesahihannya.

Katanya, mereka perlu menyedari setiap maklumat yang diterima merupakan tafsiran sebelah pihak sahaja, malah ada yang diputar-belit terutama oleh pihak pembangkang yang bermotif politik semata-mata.

"Jadi, apa yang diterima mereka menimbulkan pemikiran dan imej yang buruk terhadap kerajaan sehinggakan sebarang usaha dan bantuan yang diberikan kerajaan ketika ini dilihat sebagai sogokan, rasuah dan hanya untuk membeli undi.

"Masyarakat terutama generasi muda hari ini perlu menilai secara menyeluruh setiap maklumat yang diterima mereka sama ada menerusi Internet, media sosial mahupun media arus perdana dan pastikan penilaian dan persepsi mereka bukan berasaskan emosi hingga tidak dapat membezakan fakta sebenar.

"Masyarakat perlu menilai adakah usaha kerajaan seperti mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik 1Malaysia dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai usaha membeli undi. Sekiranya ia dilihat begitu, tafsiran yang sama wajar diberikan kepada kerajaan negeri Selangor dalam memberi bantuan kepada golongan ibu tunggal," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mahu generasi muda menilai pencapaian kerajaan sekarang berasaskan fakta dari semua sudut.

Sementara itu Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata, adalah perlu setiap pembangunan yang dibina kerajaan seperti infrastruktur dan kemudahan pendidikan serta kualiti hidup menjadi tunjang penilaian masyarakat terhadap kerajaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment