My Add

Saturday 7 July 2012

Phaik Kheng enggan ulas isu Guan Eng

PULAU PINANG, JUMAAT, 06 Julai, 2012: Ng Phaik Kheng enggan mengulas isu yang mengaitkan beliau dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seperti mana dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Isnin lalu.

Phaik Kheng yang kini merupakan penyelia hal-ehwal di sebuah sekolah berkata, beliau agak sibuk kerana perlu mengendalikan persiapan sambutan ulang tahun sekolah berkenaan yang bermula hari ini hingga Ahad.

"Saya kini mahu fokus dalam urusan ulang tahun sekolah dan saya tidak mahu memberi apa-apa komen mengenai isu terbabit," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Ketika membangkitkan isu tersebut di DUN Melaka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Gan Tian Loo telah bertanya kepada ADUN Kota Laksamana yang juga isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng, sama ada mengenali Phaik Kheng atau tidak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment