My Add

Tuesday 3 July 2012

PNB serah zakat perniagaan RM7.197j

*RAJA Dr. Nazrin Shah menerima pembayaran zakat perniagaan PNB daripada Ahmad Sarji Abdul Hamid sambil diperhatikan Hamad Kama Piah Che Othman (duduk) pada majlis penyampaian zakat perniagaan PNB kepada negeri Perak di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.

Oleh MARZITA ABDULLAH
KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 Julai, 2012: Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM7.197 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berkenan menerima zakat tersebut daripada Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pada majlis serahan yang turut dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman di Istana Perak, di sini.

Menurut Hamad Kama Piah, bayaran zakat perniagaan itu adalah dari tiga tahun kewangan bermula 2009 sehingga 2011. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment