My Add

Saturday 7 July 2012

Polis akan siasat dakwaan skandal dinar emas Kelantan

KOTA BHARU, SABTU, 07 Julai, 2012: Polis akan menyiasat dakwaan skandal dalam urus niaga dinar emas kendalian Kelantan Golden Trade Sdn Bhd jika ada fakta yang menyokong laporan polis oleh gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan seorang penulis blog. 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata itu adalah laporan polis kedua yang diterima berhubung isu tersebut. "Laporan pertama itu sudah kita serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Laporan kali kedua ini mereka mahu polis siasat. 

"Kalau ada fakta kita akan siasat. Kalau ada kes prima facie kita akan teruskan," katanya ketika ditemui pemberita pada Hari Keluarga Polis Kelantan, di Pengkalan Chepa, di sini. 

Semalam, NGO berkenaan dan penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, bertindak membuat laporan polis berhubung dakwaan skandal dalam pengeluaran dirham dan dinar emas membabitkan anak syarikat kerajaan Kelantan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment