My Add

Saturday 7 July 2012

Polis sahkan Uncle Seekers positif dadah morfin

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 06 Julai, 2012: Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau dikenali sebagai Uncle Seekers yang kini direman ekoran dakwaan mengaibkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam blognya baru-baru ini, didapati positif dadah jenis morfin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Asisten Komisioner Mohd Akhir Ishak berkata, suspek dikesan positif dadah jenis itu berikutan hasil ujian air kencing yang telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya di sini pukul 1.25 tengah hari ini.

Bagaimanapun, katanya, teman wanita lelaki itu yang berusia 26 tahun pula didapati negatif.

"Sehubungan itu, laporan polis berhubung perkara tersebut telah dibuat dan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya kepada pemberita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment