My Add

Saturday 21 July 2012

Polis Terengganu tubuh unit ronda berbasikal

BESUT, SABTU, 21 SABTU, 21 Julai, 2012 : Polis Terengganu akan menempatkan unit ronda berbasikal di pulau-pulau seluruh negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu tahun hadapan bagi mengurangkan kadar jenayah setempat. 

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa, berkata pihaknya akan meningkatkan rondaan di kawasan yang menjadi tumpuan ramai, khususnya pelancong. 

"Sebelum ini anggota kita meronda di kawasan pulau itu dengan berjalan kaki bagi memantau keadaan sekitar namun dengan adanya rondaan berbasikal ini, ia dapat bergerak dengan lebih pantas," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Balai Polis Pulau Perhentian di sini. 

Polis Terengganu sudah pun menjalankan rondaan berbasikal di kawasan-kawasan tumpuan pelancong seperti di Pasar Payang, Pantai Batu Buruk serta Taman Tamadun Islam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment