My Add

Monday 23 July 2012

Potensi lebih 'boroi'

*ANTARA hidangan disajikan bertemakan Bazar Ramadan di sebuah hotel.

KUALA LUMPUR, AHAD, 22 Julai, 2012: Bagi sesetengah individu, kedatangan Ramadan dianggap sebagai peluang terbaik untuk menguruskan badan, sesuai dengan sifat amalan tersebut yang memerlukan umat Islam menahan lapar dan dahaga di siang hari.

Namun jangan terkejut sekiranya impian itu gagal dicapai sebaliknya perut anda kian 'menonjol' ketika syawal menjelma ekoran kegagalan menahan nafsu sewaktu berbuka puasa.

Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pakar Ampang Pantai Puteri, Rose Hanizan Mat Hassan perkara itu tidak mustahil berlaku kerana pengambilan makanan secara berlebihan dan mengejut ketika perut kosong menyebabkan anggota badan itu cepat mengembang.

"Secara tidak langsung, ia menyebabkan perut seseorang ittu menjadi buncit. Justeru, umat Islam tidak sepatutnya makan seolah-olah 'melepas geram' ketika berbuka puasa," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment