My Add

Tuesday 17 July 2012

Presiden AFC digantung 30 hari kerana salah laku

KUALA LUMPUR, SELASA, 17 Julai, 2012: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berkata, mereka telah menggantung ketua badan tersebut, Mohamed bin Hammam kerana atas pencabulan etika seterusnya memberi tekanan ke atas pemimpin dari Qatar itu.

Hamman, 63, sedang berjuang di atas dakwaan bahawa dia merasuah delegasi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam kempen untuk menjatuhkan Presiden FIFA, Sepp Blatter dalam pemilihan tahun lepas.

Skandal tersebut menyebabkan dia digantung seumur hidup oleh FIFA daripada sebarang aktiviti bola sepak dan dia telah sementara waktu digantikan oleh AFC sementara menunggu rayuan yang telah dikemukakan.

Bagaimanapun, AFC berkata dalam kenyataan yang dipaparkan dalam laman web tersebut semalam bahawa mereka telah menggantung Hammam selama 30 hari sehari sebelum laporan audit di keluarkan. - AFP

No comments:

Post a Comment