My Add

Sunday 8 July 2012

Presiden Republik Czech akhiri lawatan ke Malaysia

KUCHING, AHAD, 08 Julai, 2012:: Presiden Republik Czech, Vaclav Klaus, dan isteri, Livia Klausova, hari ini berlepas meninggalkan negara ini selepas melakukan lawatan rasmi lima hari ke Malaysia. 

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang, hadir mengucapkan selamat jalan kepada Klaus dan rombongannya. 

Klaus tiba di negeri ini dari Kuala Lumpur kelmarin dan sepanjang berada di sini beliau melawat beberapa tempat menarik di sekitar bandar raya ini selain dirai pada jamuan malam oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barien. 

Presiden Czech itu yang dalam rangka lawatan ke beberapa negara Asia dijadual meneruskan lawatannya ke Indonesia hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment