My Add

Tuesday 17 July 2012

Prestasi atlet pelapis meningkat di Sukma

KUANTAN, SELASA, 17 Julai, 2012: Temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang melabuhkan tirai malam tadi mempamerkan peningkatan prestasi atlet apabila tiga rekod kebangsaan dan 33 rekod kejohanan berjaya dicatat atlet pelapis.

Menyifatkan pencapaian itu sebagai kejayaan pelbagai program yang diatur di negeri dan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri, Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples berkata, badan tersebut berpuas hati dengan prestasi 1,701 atlet di bawah program pelapis yang bertanding.

"Dapat dilihat peningkatan dalam kutipan pingat oleh atlet pelapis kepada negeri masing-masing apabila sebanyak 105 pingat emas, 107 perak dan gangsa berbanding 87 pingat emas, 129 perak dan 153 gangsa pada Sukma Melaka 2010 sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, walaupun hanya 33 rekod kejohanan dicatat kali ini berbanding 67 pada Sukma Melaka 2010, jumlah itu tetap memberangsangkan kerana beberapa faktor termasuk penurunan had umur penyertaan daripada 23 kepada 21 tahun sejak 2011.

"Faktor kedua ialah kerana ramai daripada atlet yang layak ke Olimpik London tidak dapat membantu negeri masing-masing di Sukma kerana mereka perlu memberi keutamaan kepada Olimpik London," katanya. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment