My Add

Saturday 7 July 2012

Program padanan usahawan antara negeri

JERLUN, JUMAAT, 06 Julai, 2012: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri merancang mewujudkan program pemadanan usahawan antara negeri dan negara dalam usaha membantu mengembangkan perniagaan usahawan mikro di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, program itu akan membolehkan usahawan mikro di setiap negeri berhubung antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat mengenai produk masing-masing dan bertukar-tukar pandangan bagi melahirkan idea baru.

"Mereka juga dapat memasarkan produk mereka di kedua-dua negeri melalui ejen yang dilantik oleh usahawan itu sendiri dan ia dapat meluaskan pasaran usahawan yang sebelum ini hanya tertumpu di negeri masing-masing," katanya kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan dengan Usahawan Tabung Ekonomi Usaha Niaga (Tekun) Nasional peringkat Parlimen Jerlun di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment