My Add

Monday 9 July 2012

RISDA juga bakal mempunyai mercu tanda sendiri

JOHOR BAHRU, HAD, 08 Julai, 2012: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bakal mempunyai bangunan baru dikenali sebagai 'Graha RISDA' bernilai RM42 juta yang akan dibina dalam masa terdekat.

Pengerusi RISDA, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, bangunan setinggi 28 tingkat yang akan menjadi mercu tanda terbaru RISDA itu didirikan di tanah seluas 1.2 hektar di belakang bangunan RISDA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, RISDA tidak mengeluarkan sebarang peruntukan bagi membina bangunan baru itu sebaliknya ia akan dibangunkan syarikat swasta.

"Bangunan tersebut yang direka bentuk seperti daun getah akan menyediakan persekitaran tempat kerja yang kondusif selain kemudahan lain antaranya dewan utama dan kemudahan sukan.

"Buat masa ini, pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan development order dan kerja-kerja merata tanah telah dibuat. Pembinaannya akan mengambil masa selama 36 bulan dan kita berharap ia dapat dimulakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya kepada pemberita pada penutup Pesta Sukan Kebangsaan RISDA ke-17 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment