My Add

Wednesday 11 July 2012

RM217 juta diperuntuk bagi projek bekalan air Kelantan

BACHOK, RABU, 11 Julai, 2012: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan sebanyak RM217 juta untuk membekal air bersih kepada 17,625 rumah di negeri ini dalam tempoh dua tahun bermula tahun lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, pembekalan air bersih itu dilaksana melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) melibatkan sistem retikulasi dan alternatif yang memberi manfaat kepada penduduk luar bandar.

“Sehingga akhir Jun tahun ini, 11,259 rumah sudah menerima bekalan air bersih yang disediakan melalui projek itu," katanya kepada pemberita pada program sumbangan amal air bersih dan pelancaran skuad misi amal Yayasan Kasih Sayang Malaysia (YKSM) di Tangok, di sini semalam.

Hasan berkata, bakinya sebanyak 6,366 rumah akan memperoleh bekalan air bersih sebelum akhir tahun ini.

Mengenai peruntukan membekal air bersih bagi penduduk di kawasan luar bandar di seluruh negara, beliau menambah, peruntukan telah ditambah daripada RM1.95 bilion tahun lalu kepada RM2.09 bilion tahun ini.

“Pada keseluruhannya projek BALB yang membabitkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan diperluaskan termasuk ke kawasan perkampungan masyarakat Orang Asli supaya mereka juga dapat menikmati bekalan air bersih," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment