My Add

Monday 9 July 2012

Sabotaj halang kutipan sampah, kata MB Selangor

NURUL AINI MOHAMED ALI
SHAH ALAM, ISNIN, 09, Julai, 2912: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa terdapat unsur-unsur sabotaj - wujudnya pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab - cuba menggagalkan kerja-kerja kutipan sampah di Selangor.

Menurutnya, Kerajaan Negeri telah dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai unsur sabotaj sejak kebelakangan ini.

"Unsur sabotaj ini dapat dilihat dengan jelas apabila kerja kutipan sampah di Selangor dihalang oleh lori-lori serta mengancam pekerja yang mengangkut sampah," katanya menjawab pertanyaan ADUN Bangi, Dr Shafie Abu Bakar pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Sidang DUN bermula dan akan berlangsung hingga Jumaat ini.

Tambahnya, Kerajaan Negeri melalui PBT telah mengambil pelbagai langkah bagi mengatasi masalah ini dengan cara mengadakan perjumpaan bersama kontraktor PBT agar nereka mengetahui masalah yang dihadapi ini.

"PBT harus sentiasa mengawal dan mengawasi perkhidmatan yang diberikan oleh semua kontraktor supaya mereka menepati syarat yang ditetapkan semasa proses lantikan," beliaunya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri turut membuat pembelian 50 lori kontaktor untuk diagihkan kepada semua PBT melalui anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

"Kerajaan Negeri melalui PBT akan sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan terhadap kerja-kerja kutipan sampah dan pembersihan awam.

"Talian bebas tol aduan sampah turut membuktikan komitmen penuh diberikan agar semua aduan dapat diselesaikan dengan segera," tambah Khalid. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment