My Add

Tuesday 17 July 2012

Sejuta ahli persatuan penjaja kecil dilindungi insurans percuma

KUANTAN, SELASA, 17 Julai, 2012: Lebih sejuta ahli persatuan penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara bakal dilindungi insurans percuma yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Beliau berkata, skim insurans itu adalah antara beberapa pendekatan yang diambil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam menangani isu yang dihadapi peniaga dan penjaja kecil di seluruh negara serta aspek kebajikan ahli-ahlinya. 

"Skim insurans itu akan diuruskan oleh Bank Rakyat manakala pihak kerajaan akan menanggung semua kosnya," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama persatuan-persatuan penjaja dan peniaga kecil Negeri Pahang di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment