My Add

Wednesday 18 July 2012

Selangor hantar pasukan khas pantau operasi harian Syabas

SHAH ALAM, RABU, 18 Julai, 2012: Kerajaan negeri akan menghantar pasukan khas terdiri empat profesional, termasuk Ketua Eksekutif Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Suhaimi Kamaruzaman ke Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad (Syabas) bagi memantau operasi harian syarikat itu.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, berkata tiga lagi anggota pasukan itu ialah Pengarah Konsortium ABBAS Sdn Bhd, Abas Abdullah; Pengarah Urusan (Pengurusan Air) Kumpulan Peransang Selangor, Karim Endut dan Ketua Perancangan Strategik dan Pelaburan Peransang Selangor, Kevin Lee.

“Kumpulan profesional ini akan dihantar kerana mereka (Syabas) gagal memberikan butiran dan penjelasan memuaskan mengenai beberapa isu apabila mereka memberi taklimat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri pagi ini," katanya.
 
Khalid yakin Syabas boleh memberi kerjasama kepada kumpulan profesional berkenaan kerana mereka mempunyai pengalaman mendalam dalam pengurusan dan pengagihan bekalan air. - BH

No comments:

Post a Comment